Utama Rancangan Hiburan Buat Penonton Cair, Ini Antara Episod ‘The Return of Superman’ Dengan Momen...

Buat Penonton Cair, Ini Antara Episod ‘The Return of Superman’ Dengan Momen Terindah

episod comel the return of superman

‘”The Return of Superman” merupakan salah satu rancangan realiti hiburan Korea yang sangat popular di setiap negara.

Rancangan ini sangat comel kerana setiap keperibadian kanak-kanak yang berbeza serta, bercampur dengan keletah seorang bapa cuba menjaga anak-anaknya sendirian tanpa ibu membuat ramai penonton terhibur.

Lee Dongwook & 5 beradik

Dalam episod ini Lee Dong-wook ditugaskan menjaga lima anak Lee Dong-gook. Adik-beradik itu pada mulanya kelihatan malu tetapi ada seekor arnab besar berlari mengelilingi rumah Seo-eon dan Seo-jun. Dia mengharapkan sambutan yang hebat tetapi kembar itu tidak mengendahkannya. Episod ini sangat comel untuk ditonton kerana korang boleh menilai keletah Lee Dong-wook menjaga anak-anak kecil walaupun dia tidak berpengalaman.

Haru & GDragon

Siapa je tidak kenal penyanyi lelaki popular dari kumpulan BIG BANG, G-Dragon. Anak kepada penyanyi rap, Tablo, sangat meminati GD dan dia pernah memberitahu mahu berjumpa dengan idola K-Pop itu. Tablo akhirnya membawa anak perempuannya ke YG Family Concert di Jepun. Ini telah menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi Haru, kerana dia dapat bertemu dengan bias terbesarnya, G-Dragon, serta dapat menonton persembahan bapanya di atas pentas.

Cubaan tangkap gambar ID kembar tiga

Kembar tiga Daehan, Minguk dan Manse merupakan antara yang popular dalam “The Return of Superman”. Kepintaran dan kecomelan mereka berjaya membuatkan penonton tidak sabar-sabar menunggu episod seterusnya. Antara episod yang meraih rating tertinggi apabila bapa mereka, Song Il-gook ingin menangkap gambar ID anak-anaknya. Sukar bagi Song Il-kook untuk mengawal kerenah mereka kerana Manse terus mengoyak latar belakang kertas, Daehan enggan berdiam diri untuk gambar.

Sementara itu, Minguk riang berkeliaran di sekitar ruang tamu. Namun Song Il-gook tidak berputus asa, akhirnya mencari cara untuk mendapatkan anak lelakinya untuk bekerjasama.

Kang Gary jadi anak Hao

Kang Gary, bintang “Running Man” sebelum ini membuat penampilan istimewa bersama anaknya Hao di dalam rancangan realiti “The Return of Superman”. Hao mengejutkan kepada kedua-dua penonton dan ayahnya dengan kepandaiannya. Dia boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang sangat bijak dan petah berkata-kata. Disebabkan itu kru “The Return of Superman” membuat satu episod istimewa di mana, Kang Gary harus menjadi anak kepada Hao dan mesti mendengar arahan kanak-kanak itu. Comel sangat!

Kenakalan Bentley 

Anak kacukan Korea-New Zealand ini mendapat perhatian daripada ramai penonton kerana rupanya yang kacak dan comel. Pada episod ini, mereka diberi tugas untuk menghias rumah sebelum sambutan hari Krismas menjelang. Namun, Bentley hanya mendiamkan diri tidak menolong untuk menghias.

Selepas itu, dia diberikan prop dan secara tiba-tiba Bentley memasukkannya ke dalam mulut sebelum dia merosakkan hiasan pada pokok itu. Sam dan William berusaha keras untuk menghalangnya. Sesi hiasan akhirnya berakhir dengan sambutan salji palsu yang turun dari atas dan ini membuatkan penonton sangat terhibur melihat reaksi anak beranak itu.

Daebak di Sauna

Kanak-kanak comel yang bernama Daebak ini merupakan anak kepada Lee Dong-gook. Bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila Lee Dong-gook akhirnya boleh merasai pengalaman membawa anak-anaknya ke sauna dan mendapatkan servis di sana. Ia juga merupakan pengalaman luar biasa bagi Daebak kerana dia hanyalah seorang kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa tetapi sangat menikmati pengalaman itu.

Sebenarnya semua episod sangat comel!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBEREpisode Ninja
Loading...