Seronoknya dapat tengok ahli BIGBANG membuat persembahan atas satu pentas selepas sekian lama!
Terbaru menerusi saluran YouTube peribadinya, Daesung meluahkan perasaan selepas melakukan reunion bersama ahli BIGBANG ketika konsert solo Taeyang pada Ogos lalu.
Khususnya, mereka bertiga mempersembahkan beberapa lagu hit kumpulan itu termasuklah “Fantastic Baby” dan “A Fool of Tears”. Luah Daesung,
Ia adalah kegembiraan yang murni. Hakikat bahawa orang masih ingat kami dan bercakap tentang kami adalah luar biasa. Untuk kumpulan yang dah berusia hampir 20 tahun, ia adalah satu pencapaian. Saya sangat bersyukur.
Sambung Daesung lagi dengan bercakap tentang kemungkinan mereka akan melakukan aktiviti bersama pada masa akan datang,
Ini juga kali pertama kami melihat reaksi peminat terhadap kami membuat persembahan bersama. Memandangkan hyung sudah laluinya, saya rasa mereka akan jadi lebih terbuka untuk melakukan lebih banyak perkara bersama pada masa hadapan.
VIP akan setia tunggu BIGBANG!