Ikuti Kami:

“Berseronok Dengan 4-5 Wanita Lain” – Jamie Dedah Dicurangi Kekasih

“Berseronok Dengan 4-5 Wanita Lain” – Jamie Dedah Dicurangi Kekasih

Nampak seperti pasangan bahagia, siapa sangka hubungan Jamie dan Goo Min-chul berantakan kini.

Selepas mengumumkan hubungan bersama personaliti televisyen yang popular menerusi program “The Iron Squad 2” pada November lalu, kedua mereka tidak segan untuk berkongsi momen gembiran bersama peminat. Malah Goo Min-chul sempat memuat naik gambar mereka berjanji temu di resort ski kelmarin.

Walau bagaimanapun, peminat dikejutkan pada tadi apabila Jamie memuat naik beberapa posting di Instagram Story di mana dia menuduh lelaki itu mencuranginya dengan wanita berbeza.

Apabila awak mendapat tahu kekasih awak seorang penipu. Saya sukakannya. Dia tak tahu lagi tapi dia tidak akan berada lagi dalam hidup saya. Selamat bergembira dengan 4-5 orang? wanita lain. Oh saya akan membuat lagu hebat mengenainya.

jamie goo minchul

Ulasnya pada pengikut,

Oh jangan hentam lelaki, hanya dia berperangai sebegitu.

Setakat ini, Goo Min-chul belum memberi sebarang respon terhadap tuduhan ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...