Ikuti Kami:

Bernilai Cecah RM800, G-Dragon Hadiahkan Kasut Edisi Terhad ‘Kwondo1’ Buat Pekerja YG

Bernilai Cecah RM800, G-Dragon Hadiahkan Kasut Edisi Terhad ‘Kwondo1’ Buat Pekerja YG

Sudah lebih 20 tahun bekerjasama, G-Dragon pastinya sudah menganggap YG Entertainment sebagai sebahagian dari keluarganya.

Baru-baru ini, seorang pekerja di YG Entertainment telah menyiarkan satu foto di media sosial, yang memaparkan kasut edisi terhad G-Dragon ‘Nike KWONDO 1 x PEACEMINUSONE’ beserta kapsyen yang ditulis,

Hadiah untuk pekerja kami bagi memperingati hari lahir YG yang ke-27.

Khususnya, siaran itu menunjukkan kemurahan hati G-Dragon yang menghadiahkan koleksi kasutnya kepada pekerja YG sempena ulang tahun ke-27 syarikat itu.

Untuk pengetahuan, kasut tersebut dijual pada harga asal 229,000 won (RM812.41) dan ada yang menjual semula di laman web terpakai mencecah 350,000 won (RM1,241.68).

Sementara itu, kontrak eksklusif G-Dragon bersama YG Entertainment telah tamat baru-baru ini dan masih dalam proses perundingan untuk kontrak tambahan kini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...