Ikuti Kami:

Kontrak Bersama YG Entertainment Sudah Tamat, Apakah Nasib G-Dragon BIGBANG?

Kontrak Bersama YG Entertainment Sudah Tamat, Apakah Nasib G-Dragon BIGBANG?

Adakah G-Dragon ahli BIGBANG seterusnya yang akan meninggalkan agensi YG Entertainment?

Baru-baru ini, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa G-Dragon telah keluar dari YG Entertainment, selepas namanya tidak ditemui dalam senarai nama rasmi artis dan pelakon di bawah kontrak untuk tahun 2023.

Oleh itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa idola lelaki tersebut berkemungkinan telah membatalkan kontraknya bersama agensi itu.

g-dragon

Terbaru pada 6 Jun, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa memang benar kontrak G-Dragon bersama agensi itu telah pun tamat dan memberitahu,

Memang benar kontrak eksklusif G-Dragon telah tamat. Kami sedang membincangkan pelbagai pilihan termasuk kontrak separa untuk aktivitinya dalam bidang seperti iklan. Sekiranya artis itu ingin menyambung semula promosinya sebagai pemuzik tidak lama lagi, kami merancang untuk merundingkan kontrak baharu dengannya dan menawarkan sokongan penuh agensi itu kepadanya.

Semoga G-Dragon akan dapat buat keputusan yang terbaik..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...