Sepertinya ramai yang kurang berpuas hati dengan kesudahan drama “Duty After School”.

Bermula dengan hebat apabila sekumpulan pelajar dipaksa melawan makhluk aneh asing dan terlepas daripada mengambil peperiksaan awam, drama TVING ini bagaimanapun berubah 180 darjah dalam bahagian keduanya.
[Amaran SPOILER]
Secara tiba-tiba, para pelajar yang mula mengimpikan dunia yang tenang berdepan kehancuran apabila salah seorang dari mereka iaitu Yeong-soo (Ahn Do-kyu) membunuh hampir kesemuanya kerana berhalusinasi dan risau sekiranya perbuatan dia cuba merogol Cha So-yeon (Shin Soo-hyun) terbongkar.
Kwon Il-ha (Kim Soo-gyeom) yang merupakan satu-satunya saksi kejadian itu dihentak dengan batu oleh lelaki berkenaan sebelum dibuang ke dalam laut semasa So-yeon tidak sedarkan diri. Risau sekiranya jenayah yang dilakukan tertangkap, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menembak secara rawak kesemua pelajar di dalam kelas namun akhirnya berjaya dibunuh oleh No Ae-sol (Lee Yeon). Akhirnya, hanya tiga pelajar sahaja yang terselamat daripada insiden berdarah itu.
Lebih mengecewakan apabila kerajaan kononnya berjaya menjumpai alat untuk menghapuskan makhluk aneh itu lantas Korea kembali aman selepas 2 minggu daripada kejadian tersebut. Kim Chi-yeol (Kim Ki-hae) yang terselamat mula berasa sia-sia dengan apa yang berlaku dan memilih untuk meninggalkan bilik darjah sebelum peperiksaan awam berlangsung kerana trauma dek apa yang terjadi.
Menurut netizen, plot itu agak tidak logik memandangkan Yeong-soo ialah seorang yang agak lemah namun mampu mengalahkan rakan lain yang lebih kuat. Sekaligus, penutupnya tidak meyakinkan penonton dan kelihatan tergesa-gesa dan ‘random’.
Apa kata korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉