Ikuti Kami:

Pelajar Berperang Lawan Makhluk Aneh, Bahagian Pertama ‘Duty After School’ Dibanjiri Pujian Penonton

Pelajar Berperang Lawan Makhluk Aneh, Bahagian Pertama ‘Duty After School’ Dibanjiri Pujian Penonton

Kadang-kadang, cerita yang sukar mendapat akses dan hanya boleh didapati di platform penstriman Korea merupakan drama yang sepatutnya dapat ditonton dengan mudah oleh penonton luar negara.

Salah satu daripadanya ialah “Duty After School” yang baru sahaja disiarkan di saluran TVING beberapa hari lalu. Walaupun hanya 6 episod ditayangkan untuk bahagian pertama namun ia sudah pun menerima respon hangat daripada peminat K-Drama.

Bagi yang tidak mengetahui, siri ini membawa kisah pelajar di sebuah menengah yang terpaksa melupakan ujian kemasukan universiti dan menyertai peperangan sebenar apabila makhluk pelik mula menggugat nyawa mereka. Daripada memegang pen, kesemua anak remaja ini dikerah memegang senapang bagi memastikan keamanan sejagat.

tving duty after school

[Amaran SPOILER]

Dalam bahagian pertama ini, penonton dibawa mengikuti situasi genting yang dilalui para remaja itu belajar pelbagai cara untuk mempertahankan diri termasuklah memasang senapang dan berlawan. Walaupun kelam-kabut dek ketakutan menjadi mangsa makhluk aneh itu, mereka dipimpin dengan baik oleh ketua platun ketenteraan Lee Chun-ho (Shin Hyun-soo).

Walau bagaimanapun, siri ini benar-benar ingin memberikan fokus kepada watak pelajar sekolah sahaja apabila watak dewasa yang dimainkan oleh Im Se-mi dan Shin Hyun-soo dilihat menemui ajal apabila cuba menyelamatkan mereka.

tving duty after school

Dalam pada itu, rata-rata penonton yang menantikan sambungan “Duty After School” meluahkan harapan bahawa watak ketua platun itu sempat menyelamatkan diri daripada letupan bom. Ini kerana para pelajar sekolah itu mungkin akan mengalami situasi yang sukar nanti sekiranya ketua yang memimpin mereka hilang begitu sahaja.

Setakat ini, masih tiada lagi tarikh tayangan spesifik untuk bahagian kedua drama ini di mana akan ada 4 episod tambahan dan berkemungkinan besar ianya akan bersiaran di TVING pada April ini juga.

Korang kena layan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...