Ikuti Kami:

Bermula Dengan 1%, Drama Kekeluargaan ‘Not Others’ Dipuji & Raih Rating Tertinggi Kini

Bermula Dengan 1%, Drama Kekeluargaan ‘Not Others’ Dipuji & Raih Rating Tertinggi Kini

Korea memang tak pernah mengecewakan lah kalau bab menghasilkan drama kekeluargaan.

Sudah pun memasuki separuh tayangan, “Not Others” berjaya meraih rating tertinggi bagi slot drama Isnin-Selasa. Bermula dengan rating 1.2%, drama lakonan Jeon Hye-jin dan Choi Soo-young berjaya memanjat hingga rating 3.6% kini. Wow!

Walaupun membawa tema kekeluargaan namun ia mampu mengalahkan drama romantik lain dalam slot yang sama seperti “My Lovely Liar” dan “Heartbeat”.

Bagi yang tidak mengetahui, “Not Others” membawa kisah seorang ibu tunggal bekerja sebagai pemulih terapi, Kim Eun-mi (Jeon Hye-jin) yang sering bertelagah bersama anak perempuannya, Kim Jin-hee (Choi Soo-young) iaitu seorang pegawai polis.

not others

Cerita ini diserikan lagi dengan kemunculan bekas kekasih Kim Eun-mi iaitu Park Jin-hong (Ahn Jae-wook) iaitu seorang pakar otolaringologi dan rakan sekerja yang menyukai Kim Jin-hee, pegawai polis Eun Jae-won (Park Sung-hoon).

Digarap berdasarkan webtoon dengan nama sama, “Not Others” berjaya memikat hati penonton dek keserasian ‘benci-cinta’ antara anak-beranak itu selain kejituan mereka untuk meneruskan hidup tanpa mempedulikan kata-kata orang lain.

Dalam pada itu, drama ini turut menjadi pilihan ramai di pelbagai laman penstriman atas talian seperti Genie TV, mobil Genie TV dan TVing.

Korang wajib layan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...