Ikuti Kami:

Bermula Baik, Mengapa Rating ‘Why Her?’ Kian Menurun Kini?

Bermula Baik, Mengapa Rating ‘Why Her?’ Kian Menurun Kini?

Meskipun bermula baik pada awalnya, namun catatan rating “Why Her?” dilihat kian menurun kini.

Semasa awal tayangan, drama SBS ini mendapat perhatian penonton kerana perubahan imej 180 darjah Seo Hyun-jin yang membawa watak utama Oh Soo-jae. Bahkan drama tersebut berjaya melepasi rating 10% dalam 4 episod sahaja.

Walau bagaimanapun, prestasi “Why Her?” dilihat kian membimbangkan apabila rating yang dicatatnya terus menurun pada saban episod. Kini, drama itu hanya mampu berpuas hari dengan ratingdalam lingkungan 7% sahaja.

sbs why her?

Sepertinya penonton berasa kesal kerana genre siri perundangan ini yang berubah tiba-tiba. Pada awalnya, ia dipromosikan sebagai drama misteri melibatkan kes pembunuhan namun ianya berubah kepada melodrama kini apabila plotnya lebih menjurus ke arah kisah cinta antara Oh Soo-jae dan Gong Chan (Hwang In-yeop). Malah ada yang tak faham bagaimana seorang wanita berjaya boleh hilang arah apabila berdepan dengan pelajar lelaki biasa.

Bukan sahaja kualiti lakonan Hwang In-yeop yang dikritik sebelum ini, para penonton juga tidak berpuas hati dengan ‘perubahan angin’ drama ini.

sbs why her?

Kata penonton,

Tiba-tiba melodrama.

 

Genre melodrama patut diselit dengan baik.

 

Saya sedang menonton dengan serius, namun hilang fokus apabila babak melodrama muncul secara tiba-tiba.

 

Bukankah kunci utama drama ini ialah wanita yang sanggup lakukan apa sahaja untuk berjaya?

Pun begitu, ramai penonton yang masih berharap dan menantikan “Why Her?” supaya kembali ke fitrah plot asalnya.

Apa pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...