Siapa yang menonton “Queen Of Divorce” kini?
Terbaru, “Queen Of Divorce” telah meraih purata rating kebangsaan sebanyak 4.6% untuk tayangan episod ke-9. Agak membimbangkan kerana ia merupakan penurunan sebanyak 0.6% berbanding rekod sebelum ini.
Malah ia tidak mampu untuk mengatasi rekod terbaik iaitu 5.75% yang direkodkan ketika siaran episod ke-3. Bukan itu sahaja, drama ini terus menonjolkan penurunan rating yang signifikan pada saban episod.
Agak menghairankan kerana tiada drama lain yang bersaing di slot tayangan berkenaan lantas menimbulkan persepsi bahawa ramai penonton mula hilang minat dengan plot naskhah lakonan Kang Ki-young dan Lee Ji-ah itu.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.