Ikuti Kami:

Bermula Baik, ‘Insider’ Terpalit Kritikan Dek Satu Isu Sensitif Ini

Bermula Baik, ‘Insider’ Terpalit Kritikan Dek Satu Isu Sensitif Ini

Meskipun bermula baik, drama “Insider” terpalit dengan satu kontroversi baru-baru ini.

Dalam episod pertamanya, dapat dilihat sekumpulan sami Buddha berjudi dengan jumlah wang yang banyak. Bahkan seorang daripada mereka dilihat berzikir semasa melakukan perkara maksiat itu.

Episod itu menerima kecaman apabila penganut Buddha di Korea mengatakan bahawa drama itu merendahkan agama tersebut. Bahkan Persidangan Agama Kedamaian Korea turut menghentam perkara itu selain meminta produksi drama berkenaan untuk memohon maaf,

Ini boleh dilihat sebagai tingkah laku buruk untuk menfitnah agama Buddha selain memandang rendah terhadap pengikut agama dan gambaran yang salah mengenai sami . Kami meminta drama ‘Insider’ untuk meminta maaf secara rasmi.

jtbc insider

Kata penonton,

Sangat tak selesa menonton babak itu.

 

Saya rasa ianya seperti melebih.

 

Kenapa mereka perlu papar agama Buddha seperti itu?

 

Ini ialah kebebasan bersuara.

 

Saya merasakan awak melebih sahaja.

 

Tengok drama seperti drama sahaja.

Untuk pengetahuan, agama Buddha ialah antara ajaran yang utama di Korea. Menurut banji agama utama di Korea pada 2016, 35% peduduk negara itu mengakui diri mereka sebagai penganut Buddha.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...