Ikuti Kami:

Kang Haneul Mula Misi Balas Dendam, Episod Awal ‘Insider’ Raih Rating Baik

Kang Haneul Mula Misi Balas Dendam, Episod Awal ‘Insider’ Raih Rating Baik

Kang Ha-neul dah kebali dalam dunia K-Drama menerusi “Insider”!

Sinopsis

“Insider” ialah drama aksi saspens mengenai pelatih perundangan yang hidupnya musnah dalam sekelip mata semasa melakukan penyamaran untuk menyiasat pendakwara raya menerima rasuah. Semasa di dalam penjara, dia mula merencana plot untuk memblas dendam kerana pengkhianatan yang dilaluinya.

Pembalasan dendam bermula

[Amaran SPOILER]

Kim Yo-han (Kang Ha-neul) merupakan seorang pelatih perundangan yang mempunyai masa depan cerah namun semuanya berubah apabila dia dijadikan ‘kambing hitam’ dalam satu kes perjudian yang dipelopori oleh taikun besar. Akibatnya, dia meringkuk di penjara kini atas kesalahan orang lain.

jtbc insider

Selepas keluarganya turut menjadi mangsa dek kajahatan penjahat itu Kim Yo-han langsung tak berlaih ke belakang dan memulakan misi membalas dendamnya. Pun begitu, sepertinya Oh Soo-yeon (Lee Yoo-young), seorang pendakwa raya telah sekian lama memerhatikan lelaki itu dan bakal bersama-sama dalam misinya.

Rating memberangsangkan

Tidak dinafikan Kang Ha-neul sangat hebat dala pemilihan drama kerana “Insider” juga terbukti berjaya menarik perhatian penonton dari awal tayangannya. Untuk episod pertama, ianya mencatat rating sebanyak 2.6% sebelum meningkat ke 3.3% ketika episod seterusnya.

jtbc insider

Kang Ha-neul memang tak pernah mengecewakan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...