Utama Filem Korea Berlatarkan Pulau Jeju, Lee Sunbin Sah Terajui Filem Baru ‘Sumbisori’

Berlatarkan Pulau Jeju, Lee Sunbin Sah Terajui Filem Baru ‘Sumbisori’

lee sunbin filem sumbisori

Nampaknya, Lee Sun-bin ada projek barulah!

Terbaru, pelakon Lee Sun-bin telah disahkan bakal membintangi filem berjudul “Sumbisori”.

Sedikit sinopsis, filem ini mengisahkan tentang tiga generasi wanita iaitu seorang ibu, anak perempuan dan juga cucu perempuan, yang menjalani kehidupan mereka sebagai penyelam wanita di sebuah pulau di Korea.

lee sunbin filem sumbisori

Untuk maklumat korang, Lee Sun-bin akan memainkan watak sebagai cucu perempuan bernama Goo Hae-jin. Wataknya akan menggambarkan tentang perjuangan seorang remaja sambil mempamerkan ikatan antara ketiga-tiga generasi wanita itu.

Sedikit info, filem ini akan dirakamkan sepenuhnya di Pulau Jeju dan semua keindahan yang dipamerkan, serta aktiviti penyelam wanita di pulau tersebut bakal ditayangkan dalam filem “Sumbisori” nanti.

Terdahulu, pelakon Lee Sun-bin pernah membintangi drama “Work Later, Drink Now” dan memegang watak sebagai Ahn So-hee.

Jangan lupa nantikan filem ini ok!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSports Donga
Loading...