4 Tahun Bercinta, Lee Kwangsoo & Lee Sunbin Sambut Hari Krismas Bersama Di Hawaii
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Nampaknya, hubungan cinta Lee Kwang-soo dan Lee Sun-bin masih kekal utuh sehingga kini.
Baru-baru ini pada 25 Disember ketika Hari Krismas, Lee Kwang-soo dan Lee Sun-bin dilihat sedang menikmati waktu mereka bersama di Hawaii.
Menerusi beberapa video dan gambar yang dikongsi peminat, pasangan itu dilihat sedang berjalan bersama dan membeli-belah di kedai mewah.
Saw this. The fans said they saw them at hawaii pic.twitter.com/xhK3TcjfA6
— ᴘʏᴇᴇ ✨ (@pyeehae) December 26, 2022
Meskipun kedua-kedua mereka memakai pakaian yang tidak terlampau menonjol untuk mengelak dari menjadi perhatian namun, ketinggian luar biasa Lee Kwang-soo memang mudah dikenali peminat.
Comel tau pasangan ni!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




