Ikuti Kami:

“Berlakon Susah..” – Ji Changwook Akui Masih ‘Tamak’ Untuk Pegang Pelbagai Watak

“Berlakon Susah..” – Ji Changwook Akui Masih ‘Tamak’ Untuk Pegang Pelbagai Watak

Ji Chang-wook memang tidak dinafikan merupakan antara pelakon lelaki Korea yang berbakat dan serba boleh.

Terbaru, Ji Chang-wook telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah GQ Korea, di mana pelakon itu ada berkongsi mengenai kerjaya lakonannya.

Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu berkongsi bahawa dia menemui sisi barunya ketika menjalani penggambaran “The Worst of Evil”,

Semasa berlakon, saya sering merasakan ‘sesuatu yang baru’ ketika  mengikuti suasana dan cerita karya itu. Perbezaan ada di mana-mana. Saya berasa yakin semasa menjalankan drama itu.

Kemudian, dia turut mengaku,

Berlakon masih sukar. Selain dari pengalaman yang saya dapat, tidak ada banyak perubahan. Saya masih mahu menunjukkan lebih banyak lagi dan sebagai pelakon saya tidak dapat menahannya.

ji changwook

Sambung Ji Chang-wook lagi,

Saya mahu membuktikannya kepada orang ramai. Namun, saya sentiasa berhati-hati untuk tidak membiarkan ketamakan saya merosakkan kerja saya.

Semoga terus maju jaya Ji Chang-wook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...