Ikuti Kami:

“Berlakon Pun..” – Nak Jadi ‘Ikon’ Generasi, Kenyataan Cha Eunwoo Raih Pelbagai Reaksi

“Berlakon Pun..” – Nak Jadi ‘Ikon’ Generasi, Kenyataan Cha Eunwoo Raih Pelbagai Reaksi

Cha Eun-woo telah menjadi tetamu dalam episod terkini “You Quiz On The Block”.

Ketika ditanya mengenai harapannya 10 tahun akan datang, Cha Eun-woo telah berkongsikan impiannya terhadap masa depan kerjayanya.

Katanya,

Sebenarnya saya malu nak cerita tapi, dulu saya pernah memikirkan perkara ini. Memang anugerah itu bernilai, tapi bila saya fikir balik matlamat utama yang ingin saya capai..

Sambungnya,

Saya sebenarnya nak jadi ikon dalam generasi kini. Seseorang yang dihormati, diingati dan disegani seperti Yoo Jae-suk.

Selepas episod itu disiarkan, kenyataan Cha Eun-woo tersebut telah menerima reaksi yang pelbagai dari netizen.

Komen netizen,

  • Sejujurnya, bila cakap tentang selebriti yang kacak, mesti semua akan cakap Cha Eun-woo.
  • Meskipun lakonan awak perlu diperbaiki, dalam kalangan selebriti, Cha Eun-woo paling kacak!
  • Visual awak je dah cukup untuk menjadikan awak sebagai ikon generasi kini.
  • Saya akan sentiasa menyokong perjalanan awak untuk menjadi ikon yang sebenar!
  • Saya akan nantikannya!

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...