Ikuti Kami:

“Berlakon Kayu..” – Dikeji Peminat, Rowoon Dituduh Keluar SF9 Kerana Dijangkiti ‘Penyakit Pelakon’?

“Berlakon Kayu..” – Dikeji Peminat, Rowoon Dituduh Keluar SF9 Kerana Dijangkiti ‘Penyakit Pelakon’?

Bukan semua keputusan yang kita buat boleh puaskan hati semua orang..

Seperti keputusan Rowoon untuk meninggalkan SF9 bagi memberikan fokus kepada karier solonya sebagai pelakon kini. Sepertinya, rata-rata peminat yang menyokong lelaki itu sejak aktif sebagai idola tidak mampu menyembunyikan rasa kecewa dek perubahan tak dijangka tersebut.

Kata mereka, lelaki itu sepertinya berjangkit ‘penyakit pelakon’ di mana dia sanggup meninggalkan SF9 yang membawanya ke pentas populariti. Bahkan peminat sudah sekian lama perasan Rowoon yang kelihatan sudah tiada hati dengan pekerjaannya sebagai idola sejak dahulu lagi.

Malah penjelasan dalam surat peribadinya nampak seperti dia hanya mahu menjelaksn mengenai sikapnya yang kurang fokus sebagai ahli SF9. Katanya,

Terdapat kekecewaan di mana saya tak boleh menjelaskan salah faham yang kecil ataupun besar dan ia merupakan ketika di mana saya percaya yang suatu hari nanti keikhlasan saya pastinya akan difahami, jadi saya memberikan fokus kepada apa yang perlu dilakukan sahaja.

rowoon sf9

Dia juga menggambarkan dirinya sebagai ‘seorang yang sensitif’ dan memohon maaf,

Terdapat ketika saya perlukan keberanian untuk menolak salah faham yang timbul, tapi saya hanya melarikan diri. Kalau ada peminat yang terluka dan kecewa dengan tindakan kurang matang saya, saya benar-benar meminta maaf. Kalau terasa saya lain dari yang dahulu, saya dengan ikhlas memohon maaf.

Dalam surat itu, peminat perasan yang Rowoon langsung tidak menyebut mengenai SF9 malah tiada sebarang frasa khas ditujukan buat ahli lain. Akhir katanya,

Saya 27 tahun kini dan saya mahu mencuba sesuatu yang baru. Sila perhatikan saya supaya boleh menjalani kehidupan sebagai Kim Seok-woo yang bertanggungjawab.

Walaupun ada sahaja idola lain yang pernah meninggalkan kumpulan sendiri bagi melompat ke dunia lakonan namun Rowoon menerima kritikan kerana dia kelihatan tidak ikhlas dengan peminat. Malah dia langsung tidak mengunjungi laman peminat rasmi SF9 selain turut ‘ghaib’ dari konsert terbaru, perjumpaan peminat dan acara tandatangan peminat.

Dalam pada itu, FNC mengumumkan bahawa Rowoon akan muncul sebagai artis solo di ‘2023 FNC KINGDOM -The Greatest Show-‘ di Dewan Pameran Makuhari Messe di Chiba, Jepun pada Disember. Manakala SF9 juga akan muncul di acara yang sama lantas mereka akan berkongsi pentas namun sebagai figura berbeza.

Disebabkan oleh hal itu, ramai yang mengkritik Rowoon tidak ikhlas dengan peminat dan melayan mereka ala kadar sahaja.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...