Seperti yang dijangka ramai, Rowoon akhirnya disahkan telah memilih untuk mengundurkan diri dari SF9.
Terbaru, agensi kumpulan itu iaitu FNC Entertainment telah memuat naik pengumuman rasmi,
Hello, ini ialah FNC Entertainment. Kami ingin memberikan kemas kini mengenai aktiviti SF9.
Kontrak SF9 bersama tamat pada 18 September, selepas menjalani promosi sebagai artis selama 7 tahun sejak 2016. Kesemua ahli memilih untuk menyambung kontrak bersama kami, walau bagaimanapun kumpulan berkenaan akan memulakan langkah baru dengan 8 ahli tanpa Rowoon.
Tambah mereka,
Rowoon akan memberikan fokus kepada projek individu termasuk lakonan.
Kesemua ahli akan melakukan yang terbaik buat peminat meskipun mereka menuju ke jalan berbeza.
Kami berharap sokongan berterusan buat SF9 dan Rowoon. Terima kasih.
Sedihnya.. mungkin ini yang terbaik.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.