Ikuti Kami:

Berlakon Dalam ‘Monstrous’, Koo Kyohwan Kongsi Perangai Sebenar Shin Hyunbin

Berlakon Dalam ‘Monstrous’, Koo Kyohwan Kongsi Perangai Sebenar Shin Hyunbin

Peminat K-Drama pasti ramai yang sudah menonton satu siri Netflix, “D.P” pada tahun lalu dan pasti mengenali gandingan hebat dalam siri tersebut, Jung Hae-In dan Koo Kyo-hwan bukan? Terbaru, Koo Kyo-hwan telah tampil dalam satu temu ramah bersama majalah fesyen “Harper’s Bazaar” untuk siri asal terbaru “Monstrous”.

Menerusi temu ramah tersebut, Koo Kyo-hwan menyatakan bahawa gaya fesyen yang memakai baju berlengan pendek dan seluar sekuin merupakan satu padanan yang bukan kebiasaannya. Namun, gaya tersebut berjaya menyerlahkan aura maskulinnya.

Melalui temu ramah tersebut, Koo Kyo-hwan turut berkongsi mengenai siri asal terbaru yang akan dibintanginya iaitu siri bergenre ‘thriller supernatural’ iaitu “Monstrous”. Memegang watak sebagai seorang ahli arkeologi, Koo Kyo-hwan membawa watak Jeong Ki-hoon dan menyerlahkan kunci utama siri ini iaitu sebuah majalah analog yang bertajuk “Ki-hoon dan cerita hantu bulanan”.

koo kyo hwan

Dalam siri tersebut juga, kerjasama Koo Kyo-hwan dengan pelakon Shin Hyun-bin, yang memainkan peranan bertentangan, dia turut berkongsi bahawa Shin Hyun-bin mempunyai tahap kelakar yang hebat. Sifat kelakar pelakon tersebut menjadikan keserasian dalam adegan tertentu lebih selesa kerana dia bertimbang rasa terhadap orang lain. Dia banyak bergurau semasa menunggu adegannya.

Tak sabar sebenarnya nak tengok lakonan Koo Kyo-hwan kali ini. Jangkaan kualiti lakonannya kali ini meninggi selepas lakonan mantapnya dalam siri Netflix, “D.P”. Tunggu informasi seterusnya okay!

Korang dah tengok ke belum gambar Koo Kyo-hwan untuk siri Mei dalam majalah “Harper’s Bazaar”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...