Ikuti Kami:

Berlakon ‘Cheer Up’ Kini, Lee Jungjoon Ganti Mendiang Lee Jihan Dalam ‘The Season of Kokdu’

Berlakon ‘Cheer Up’ Kini, Lee Jungjoon Ganti Mendiang Lee Jihan Dalam ‘The Season of Kokdu’

“The Season Of Kokdu” akhirnya menjumpai pengganti watak yang dibawa mendiang Lee Ji-han.

Meskipun mengatakan bahawa mereka masih lagi sedang mencari pengganti Lee Ji-han namun MBC akhirnya mendedahkan bahawa mereka sudah memilih pelakon baru,

Lee Jung-joon sudah menyertai ‘The Season of Kokdu’ dan mengisi tempat peninggalan mendiang Lee Ji-han.

Watak yang disebutkan itu ialah Jung Yi-deun iaitu bekas kekasih Han Gye-jeol, lakonan Im Soo-hyang.

lee jungjoon

Kalau anda nak tahu, Lee Jung-joon melakukan debut meneruai drama “Queen For Seven Days” dan telah muncul dalam beberapa drama lain sebelum ini. Malah dia menjadi sebutan ramai apabila muncul dalam “Squid Game” meskipun hanya membuat kemunculan selama 7 saat sahaja tanpa sebarang dialog. Kini, dia sedang membintangi drama “Cheer Up”.

Terdahulu, Lee Ji-han yang merupakan pelakon baru telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas menjadi mangsa tragedi Itaewon pada minggu lalu. Insiden yang menggemparkan dunia tersebut membunuh 156 orang yang mengunjungi kawasan itu dan bersesak-sesak hingga menyebabkan masalah pernafasan di antara mereka.

Salam takziah buat semua keluarga mangsa kejadian ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...