Ikuti Kami:

‘The Season Of Kokdu’ Sambung Penggambaran, Belum Jumpa Pengganti Watak Mendiang Lee Jihan

‘The Season Of Kokdu’ Sambung Penggambaran, Belum Jumpa Pengganti Watak Mendiang Lee Jihan

Sudah seminggu berlalu, berita mengenai kematian Lee Ji-han dek tragedi Itaewon masih meninggalkan kesan sehingga kini..

Untuk pengetahuan, “The Season of Kokdu” ialah drama perubatan fantasi yang mengisahkan tentang dewa mati Kokdu, yang pergi bercuti setiap 99 tahun, dan bekerja sebagai doktor pelawat selepas bertemu doktor wanita yang melayannya seperti seorang hamba.

Sebelum ini, mendiang Lee Ji-han turut dilaporkan telah terlibat dengan penggambaran drama tersebut dan memainkan watak sebagai Jung I-deun, bekas kekasih Han Kye-jeol (Im Soo-hyang).

lee jihan

Terbaru, pasukan produksi “The Season of Kokdu” mengumumkan bahawa mereka akan memulakan penggambaran semula hari ini namun, masih belum menjumpai pengganti untuk watak Lee Ji-han.

Kami akan memulakan penggambaran semula mulai hari ini. Bagaimanapun, kami masih belum menemui pengganti Lee Ji-han, yang meninggal dunia baru-baru ini. Kami akan membincangkannya dengan teliti.

Bagi yang belum tahu, Lee Ji-han meninggal dunia dek tragedi Itaewon pada 29 Oktober lalu. Pasukan produksi telah menghentikan penggambara serta-merta bagi meratapi kematiannya. Im Soo-hyang, yang bekerja rapat dengan mendiang, dikatakan menangis teresak-esak semasa pengebumiannya.

Dalam pada itu, “The Season of Kokdu” akan ditayangkan pada Disember ini. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...