Ikuti Kami:

Berkhidmat Untuk Negara, Ini Ciri Lelaki Korea WAJIB Sertai Latihan Ketenteraan

Berkhidmat Untuk Negara, Ini Ciri Lelaki Korea WAJIB Sertai Latihan Ketenteraan

Kesibukan dengan kerjaya semasa tidak menghalang idola K-Pop untuk terus berkhidmat kepada negara. Ramai artis lelaki Korea telah menamatkan tempoh perkhidmatan tentera dan ada juga yang sedang menunggu waktu untuk berkhidmat.

Tahukah korang semua lelaki warganegara Korea tidak boleh menolak untuk menyertai latihan itu? Kali ini KimchiDaily kongsikan kriteria lelaki Korea yang wajib sertai latihan ketenteraan.

umur lelaki korea untuk start berkhidmat di latihan ketenteraan

Umur 

Semua lelaki Korea yang berumur antara 18 sehingga 35 tahun dikehendaki menjalani perkhidmatan tentera. Walaupun perkhidmatan mandatori tidak diguna pakai untuk wanita, Korea Selatan membenarkan mereka mendaftar. Antara aktiviti lain yang melibatkan perkhidmatan ini ialah kerja sosial, aktiviti penyelidikan, kerahan tenaga sepenuh masa (sukarelawan), dan kakitangan teknikal industri.

G-Dragon latihan ketenteraan

Sihat tubuh badan

Selepas mencecah umur 18 tahun, semua lelaki Korea Selatan diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh untuk menentukan kelayakan mereka dalam perkhidmatan tentera. Keputusan tahap kesihatan boleh membawa kepada tiga penempatan.

Sekiranya individu itu didapati sihat, mereka dikehendaki berkhidmat dalam angkatan tentera. Manakala bagi mereka yang didapati keadaan fizikalnya tidak sesuai untuk perkhidmatan tentera, mereka perlu menjalani perkhidmatan awam di institusi awam. Akhir sekali, individu yang mempunyai keadaan fizikal atau psikologi yang menghalang daripada berkhidmat akan dikecualikan daripada perkhidmatan ketenteraan.

Warganegara

Menolak untuk sertai khidmat tentera atas sebarang alasan yang tidak munasabah adalah tidak dibenarkan dan mungkin akan membawa kepada hukuman penjara. Selain itu jika mempunyai dua warganegara, seseorang itu mesti memilih satu kewarganegaraan pada hari lahir ke-18 dan tidak perlu menjalani perkhidmatan tentera jika membatalkan kewarganegaraan Korea mereka.

Lelaki Korea Wajib sertai latihan ketenteraan

Namun, mereka akan dianggap sebagai orang asing oleh kerajaan Korea. Begitu ramai warga Korea yang tinggal di luar negara memilih untuk mengekalkan kewarganegaraan mereka dan kembali ke Korea untuk menamatkan perkhidmatan tentera mereka.

Gred

Mereka yang berada di gred satu, dua dan tiga akan didaftarkan untuk perkhidmatan tugas aktif dan aktiviti selepas perkhidmatan mereka adalah berdasarkan kelayakan, pendidikan dan umur mereka.

Dua gred seterusnya adalah kumpulan yang tidak dapat didaftarkan untuk bertugas secara aktif atas faktor kesihatan. Gred empat untuk mereka yang boleh memasuki perkhidmatan warganegara tambahan dan mereka yang berada di gred lima disenaraikan di dalam perkhidmatan warganegara kedua.

Gred 6 adalah untuk mereka yang dikecualikan daripada perkhidmatan tentera kerana mempunyai masalah kesihatan yang teruk sebagai contoh, orang kurang upaya. Akhir sekali gred 7 di mana mereka tidak dapat digredkan atas sebab penyakit mental.

Latihan ketenteraan ini sebenarnya boleh melatih diri seseorang untuk lebih berdisiplin. Korang setuju tak?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...