Ikuti Kami:

“Saya Sakit..” – Chae Jonghyeop Perjelas Sebab Tak Sertai Latihan Ketenteraan

“Saya Sakit..” – Chae Jonghyeop Perjelas Sebab Tak Sertai Latihan Ketenteraan

Siapa sangka Chae Jong-hyeop yang sentiasa kelihatan ceria sebenarnya menyimpan satu rahsia besar.

Semasa menjalani temuramah bagi menyambut pengakhiran drama “Unlock The Boss”, pelakon lelaki itu dipersoal mengenai tarikh pendaftaran latihan ketenteraan memandangkan dia sudah menjangkau usia 30-an.

Jelasnya berhati-hati, dia sebenarnya sudah 10 tahun menghidapi epilepsi dan menerima gred 5 semasa ujian kelayakan di mana dia tidak boleh menjadi tentera aktif mahupun melakukan tugas tambahan tapi boleh melakukan kerja sokongan sewaktu peperangan berlaku.

Ulasnya mengenai penyakit itu,

Saya pertama kali pengsan dang mempelajari saya menghidap penyakit itu semasa bekajar di Afrika Selatan. Sejak itu, saya didiagnosis epilepsi pada 2018 selepas beberapa kali mengalami simptom sawan dan pengsan.

chae jonghyeop

Menurut agensinya, Chae Jong-hyeop pada asalnya menerima gred 4 semasa ujian fizikal yang pertama. Dia kemudiannya berharap agar dapat menyertai tentera selepas mendapatkan rawatan namun dia disahkan menghidapi epilepsi selepas pemeriksaan semula EEG dan perlu mengambil ubat untuknya.

Walaupun cuba merahsiakan hal tersebut namun disebabkan karier Chae Jong-hyeop sebagai pelakon, ramai yang mula bertanya mengenai latihan ketenteraannya. Tambahan pula, ada isu mengenai selebriti yang memberikan wang kopi bagi mengelak menjalankan tanggungjawab tersebut.

Dalam pada itu, Chae Jong-hyeop dilamar untuk menerajui drama “Dessert Island Diva” bersama Park Eun-bin.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...