Ikuti Kami:

Berkelakuan Pelik & ‘Menjerit’ Pada Wartawan Ketika Di Paris, Agensi Han Sohee Beri Respon

Berkelakuan Pelik & ‘Menjerit’ Pada Wartawan Ketika Di Paris, Agensi Han Sohee Beri Respon

“Sila berdiam diri!”

Satu ayat dari pelakon Han So-hee ini telah menimbulkan kontroversi. Baru-baru ini, sebuah video pendek yang diambil semasa acara jenama barang kemas mewah di Paris menyebabkan salah faham di mana ramai yang tidak bersetuju dengan sikap wanita berkenaan.

Semakin isu ini tular dan menuai kritikan ramai, agensi pelakon itu iaitu 9Ato Entertainment berkata,

Video itu disunting pendek. Han So-hee bukan sedang menjerit ke arah seseorang dan ianya salah faham.

Ketika acara itu berlangsung, Han So-hee dikatakan menikmati majlis tersebut yang dihadiri oleh sejumlah besar orang selain turut mengambil gambar. Agensinya menjelaskan situasi pada masa itu, berkata,

Terlalu ramai orang semasa acara berkenaan, staf di situ juga menilai bahawa terdapat risiko kemalangan keselamatan dan turut memberi perhatian penuh dan menyampaikan respons.

Walau bagaimanapun, suasana di situ begitu bising sehingga sukar komunikasi dengan betul. Selain daripada Han Sohee, pegawai-pegawai lain turut meninggikan suara mereka, meminta yang lain untuk “berdiam diri seketika.”

Seorang pegawai agensi menambah,

Majlis berakhir dengan baik dalam suasana yang ceria.

Salah faham je korang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...