Bukan senang menjadi pelakon di Korea Selatan kerana setiap tindak-tanduk mereka akan menjadi perhatian semua.
Minggu lalu, Han So-hee telah menhadiri parti sambutan ulang tahun ke-10 Boucheron di Paris. Sentiasa menarik perhatian kerana penampilannya yang menawan, walau bagaimanapun pelakon itu kali ini menerima reaksi bercampur oleh peminat.
Kata mereka, bukan sahaja solekan yang digayakan pelakon tersebut kelihatan janggal namun aksinya yang asyik membuntangkan mata dan kerap terkejut dan senyum tersipu malu secara tiba-tiba agak pelik untuk dilihat.
Dalam pada itu, satu video Han So-hee pada malam yang sama turut tular apabila dia dilihat menjerit meminta semua diam sebelum menggayakan beberapa ‘pose’ di hadapan kamera.
Ada yang mengatakan wanita itu bertindak sedemikian kerana ada segelintir wartawan yang asyik bertolak-tolak dan menghuru-harakan keadaan. Namun tidak dapat dipastikan sebab sebenar disebalik insiden itu.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.