Ikuti Kami:

Berkali-Kali Menipu, Pejabat Daerah Dedah Tak Pernah Beri Kebenaran Daud Kim Bina Masjid

Berkali-Kali Menipu, Pejabat Daerah Dedah Tak Pernah Beri Kebenaran Daud Kim Bina Masjid

Seorang YouTuber Muslim Korea, yang memiliki lebih dari 5.5 juta pengikut, Daud Kim telah mengumumkan niatnya untuk membeli sebidang tanah di Pulau Yeongjong, Incheon untuk membangunkan masjid.

Menurut laporan media, bekas pemilik tanah, yang disebut sebagai Tuan A mengatakan bahawa tiada jual beli yang berlaku,

Kami telah membuat kontrak tetapi dia mengatakan untuk membatalkan perjanjian tanah itu dan kemudian saya mengetahui bahwa dia ingin menempatkan kontena di sana untuk syuting YouTube. Jadi saya menolaknya.

Pejabat daerah juga menjelaskan,

Agak sulit untuk membangunkan masjid di lokasi tersebut.

daud kim

Meskipun Daud Kim tidak lagi membuat permohonan untuk membina masjid, namun pihak mereka menilai bahawa mendirikan tempat ibadah agama di lokasi tersebut tidak mudah. Pertimbangan untuk izin pembangunan juga merangkumi faktor lingkungan sekitar, seperti keadaan jalan di sekitar kawasan tersebut yang tidak memadai, lantas keizinan untuk membangunkan tempat ibadah agak sukar untuk dicapai.

Tanah yang telah dibeli oleh Daud Kim adalah kawasan mesra alam yang mempunyai skop tanah 20% dan tingkat kepadatan maksimum 80%, lantas jika ada pun keizinan, kemungkinan hanya bangunan berukuran kecil sekitar 65 hingga 100 meter persegi sahaja yang boleh dibina.

Pejabat daerah menyatakan,

Daud Kim hanya menandatangani kontrak pembelian tanah dan belum memiliki pemilikan penuh.

Ish ish…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Donga Ilbo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...