Ikuti Kami:

Berjaya Didik Hingga Berjaya, Ini 5 K-Drama Cerita Kisah Kepayahan Ibu Bapa Tunggal Jaga Anak

Berjaya Didik Hingga Berjaya, Ini 5 K-Drama Cerita Kisah Kepayahan Ibu Bapa Tunggal Jaga Anak

Tidak senang bagi sesetengah ibu bapa tunggal untuk membesarkan anak mereka sendirian.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 K-Drama menceritakan kisah ibu bapa tunggal, menjaga anak tanpa mengeluh.

Was It Love?

kdrama ibu bapa tunggal

Drama ini dibintangi oleh Song Ji-hyo, memainkan watak Noh Ae-jung iaitu seorang penerbit filem yang telah membesarkan anak perempuannya sendirian selama empat belas tahun. Dia tidak menjalin hubungan sejak kelahiran anak perempuannya, tetapi empat lelaki dengan personaliti berbeza cuba untuk memikat Noh Ae-jung.

“Was It Love?” ialah siri rom-kom tentang seorang ibu tunggal yang cuba mengimbangi kerjaya dan menjadi seorang ibu.

Hospital Playlist 

kdrama ibu bapa tunggal

Jo Jung-suk memainkan watak Lee Ik-jun, seorang penolong profesor di jabatan pembedahan am di sebuah hospital. Selepas bercerai dengan isterinya, dia membesarkan anaknya seorang diri. Dia menjaga keperluan anaknya dan cuba meluangkan masa dengan anaknya walaupun jadual kerjanya sangat padat. Korang boleh tengok mereka mempunyai hubungan bapa dan anak yang sangat comel.

Welcome to Waikiki

kdrama ibu bapa tunggal

Watak Han Yoon-ah dilakonkan oleh Jung In-sun, bekerja keras untuk menjadi tukang masak pastri yang berjaya. Selain itu dia cuba sedaya upaya untuk menjadi ibu tunggal yang membimbing anak ke arah kejayaan. Dia mahu memberikan yang terbaik untuk anaknya dan dalam pada masa yang sama ingin meneruskan kehidupan yang sempurna. Disebabkan hubungan istimewa sebelum ini, dia sukar mempercayai lelaki dan menjauhi daripada terlibat dalam mana-mana hubungan.

Reply 1988 

kdrama ibu bapa tunggal

Hubungan bapa dan anak dalam drama “Reply 1988” telah menarik perhatian penonton. Watak anak yang dibawa oleh Park Bo-gum bernama Chae Taek mempunyai seorang bapa (Choi Moo-sung) yang sangat menyokong kerjayanya ingin menjadi seorang pemain catur. Sukar bagi Choi Moo-sung untuk membesarkan Chae Taek yang tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ibu, mujur dia ada jiran-jiran baik hati membantu mereka berdua.

One Spring Night

kdrama ibu bapa tunggal

“One Spring Night” dibintangi Han Ji-min sebagai Lee Jung-in dan Jung Hae-in sebagai Yoo Ji-ho. Kedua-duanya memulakan percintaan yang hangat walaupun Lee Jung-in baru sahaja berpisah dengan teman lelaki dan Yoo Ji-ho terpaksa membesarkan anaknya sendiri.

Akibat statusnya sebagai bapa tunggal, Yoo Ji-ho sukar untuk meletakkan dirinya dalam soal cinta. Tetapi apabila dia bertemu dengan Lee Jung-in, dia dapat membuka hatinya menerima cinta dalam hatinya. Ia adalah perjalanan romantis yang indah melibatkan bukan sahaja cinta antara dua orang tetapi juga dengan seorang kanak-kanak.

Rindu pula ibu bapa dekat rumah tu…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...