Bagi penggemar makanan dan K-Drama, pasti korang selalu melihat banyak adegan yang bikin perut korang lapar kan?
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 6 K-Drama yang bertemakan makanan dan juga memasak. Jom baca!
Wok Of Love
“Wok of Love” sangat menggembirakan untuk ditonton atas pelbagai sebab. Ia diterajui oleh pelakon yang sangat berbakat iaitu Lee Jun-ho dan Jung Ryeo-won. Drama ini mengisahkan tentang restoran Cina yang dikendalikan oleh samseng yang baru dibebaskan dari penjara. Lee Jun-ho merupakan seorang chef yang kehilangan pekerjaan akhirnya bekerja di restoran itu dan tidak lama kemudian disertai oleh seorang pewaris chaebol iaitu Jung Ryeo-won.
Eccentric! Chef Moon
Cerita ini mengisahkan tentang Moon Seung-mo yang pernah menjadi chef elit terkenal kerana menjadikan masakan Korea popular di seluruh dunia. Namun nasib tidak baik menimpanya dan Moon Seung-mo telah membelakangkan kerjaya kulinarinya. Dia bersembunyi di sebuah kampung terpencil selepas terlibat dengan kemalangan yang tragis.
Pasta
“Pasta” merupakan salah satu K-Drama hit pada tahun 2010. Sama seperti tajuknya, drama ini adalah mengenai pasta. Sukar untuk tidak menonton rancangan ini ketika lapar kerana hidangan pasta yang disajikan semuanya kelihatan sedap!
Bermimpi untuk menjadi chef masakan Itali, Seo Yoo-kyung menghabiskan masa tiga tahun bekerja daripada pembantu dapur kepada pembantu chef di restoran La Sfera. Tetapi pada suatu hari, restoran itu mendapat ketua chef baharu, Choi Hyun-wook. Dia kemudiannya memecat semua chef wanita selepas hanya sehari bekerja. Berazam untuk mendapatkan kembali pekerjaannya, Seo Yoo-kyung berusaha untuk membuktikan kepada Choi Hyun-wook bahawa dia mempunyai apa yang diperlukan di restoran itu.
Chocolate
Walaupun dia pernah bermimpi untuk menjadi seorang chef, Lee Kang kini seorang pakar bedah saraf. Sementara itu, chef terkenal di dunia Moon Cha-young sebenarnya mendapat inspirasi untuk meneruskan kerjaya itu kerana pertemuan ketika zaman kanak-kanaknya dengan Lee Kang, di mana dia memasak dan menghidangkan hidangan kepadanya. Kedua-duanya bertemu semula di sebuah hospital, di mana tempat Lee Kang bekerja dan Moon Cha-young pula chef di hospital itu.
Dinner Mate
“Dinner Mate” merupakan K-Drama yang diadaptasi daripada webtoon. Ia bermula dengan satu pertemuan secara kebetulan antara seorang penerbit di syarikat kandungan digital dan pakar psikiatri. Kemudian, kedua-duanya memutuskan untuk menjadi ‘rakan makan malam’. Tanpa mendedahkan sebarang maklumat peribadi mereka, malah nama, mereka berdua hanya bertemu untuk makan malam dan menjadi teman untuk berborak sahaja.
Song Seung-heon dan Seo Ji-hye adalah duo yang sempurna dan dapat menunjukkan chemistry yang sangat kuat sehingga korang akan terpikat dengan lakonan mereka!
Mana satu drama kegemaran korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.