Wow! Ada drama romantik terbaru lah!
Baru-baru ini, satu sesi pembacaan skrip bagi drama akan datang, “Crash Course In Romance” telah diadakan.
Semestinya, yang hadir adalah pengarah, Yoo Jae-won serta para pelakon utama seperti Jeon Do-yeon, Jung Kyung-ho, Lee Bong-ryun, Oh Eui-sik, Shin Jae-ha, Noh Yoon-seo, Jang Young-nam, Kim Sun-young dan juga Hwang Bo-ra. Drama bergenre romantik ini mengisahkan sebuah percintaan di antara Nam Haeng-sun (Jeon Do-yeon) dan juga, Choi Chi-yeol (Jung Kyung-ho). Drama ini akan mempamerkan perjalanan hidup seseorang pemilik restoran yang berhadapan dengan cabaran apabila lewat menjalani pemeriksaan kemasukkan ke institusi pengajian. Lalu, cabarannya bertambah apabila dia bertemu dengan seorang pengajar di institusi pengajian swasta terkemuka di Korea.
Menerusi sesi pembacaan skrip tersebut, pihak produksi berkata,
Dari awal pertemuan, semua pelakon berjaya mempamerkan keserasian yang baik, jadi kami sangat senang melihatnya. Kami juga akan cuba yang terbaik untuk menyampaikan mesej melalui drama ini. Kami harap, semua penonton akan menantikan serta menyokong drama ini kelak!
Drama “Crash Course In Romance” ini dijangka akan bersiaran pada Januari 2023. Nantikan okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.