Wah, ada berita baik!
BACA: Tanda Penghargaan, IU Hadiahkan 100 Staf Barangan Bernilai Ribuan Ringgit
Dalam episod terbaru “IU TV” di saluran YouTube, selebriti wanita itu berkongsi tentang projek semasanya dan memberitahu rancangan menariknya untuk tahun hadapan.
Dalam video itu, IU mendedahkan bahawa dia berhasrat untuk melancong ke luar negara pada Januari dan ia adalah berkaitan dengan albumnya.
Apabila salah seorang kru produksi bertanya apakah rancangannya untuk tahun hadapan, IU menjawab,
Apabila tiba bulan Januari, saya akan pergi ke luar negara dan ini berkaitan dengan album saya.
Walaupun butiran lanjut ditapis untuk mengelakkan spoiler, peminat berdebar dengan pelbagai spekulasi, terutamanya tentang kemungkinan konsert jelajah dunia pertamanya, memandangkan dia tidak pernah membuat persembahan di Amerika Syarikat atau Eropah sebelum ini.
Nantikan update seterusnya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.