Jessi secara rasmi telah meninggalkan agensi Jay Park, MORE VISION, selepas hanya sembilan bulan bersama.
Dalam kenyataan yang dikongsi dalam Bahasa Inggeris di akaun media sosial MORE VISION, agensi tersebut berkongsi kemas kini mengenai status kontrak Jessi.
Hello, ini adalah MORE VISION.
Kami ingin memberitahu anda bahawa mulai 31 Januari 2024, MORE VISION dan Jessi secara bersama-sama telah bersetuju untuk mengakhiri kontrak pengurusan eksklusif bersama.
MORE VISION akan terus menyokong sepenuhnya usaha Jessi; dan kami benar-benar menghargai minat dan sokongan anda yang tidak pernah berubah terhadap masa depan Jessi.
Terima kasih.
Jessi menyertai MORE VISION pada bulan April 2023. Walau bagaimanapun, pada bulan Disember, laporan muncul yang mengatakan bahawa Jessi dan MORE VISION tidak sehaluan, dengan laporan bahawa Jessi kerap membatalkan jadual seninya. Pun begitu, Jessi dan Jay Park menyatakan bahawa tidak ada konflik antara mereka.
Kalau dah tak panjang jodohnya..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.