Selepas satu, satu masalah yang dihadapi Jessi.
Terbaru, penyanyi wanita itu dikatakan bakal mengundurkan diri dari MORE VISION selepas 7 bulan sahaja menandatangani kontrak bersama agensi berkenaan. Khabarnya, mereka tidak dapat mencapai persefahaman dan perbezaan keinginan.
Semasa kembali dengan lagu baru “GUM”, Jessi juga menimbulkan kerisauan ramai apabila dia secara tiba-tiba membatalkan beberapa persembahan seperti di “Show! Music Core”, “Inkigayo” dan “Music Bank” dalam minggu yang sama.
Pun begitu, MORE VISION mengatakan bahawa kondisi penyanyi wanita tersebut tiba-tiba tidak baik lantas membuatkan dia gagal meneruskan persembahan di atas pentas.
Ulas seorang wakil dalam industri,
Jessi dan MORE VISION mengalami perselisihan faham semasa promosi lagu baru dan isu-isu ini berterusan selepas ini. Akhirnya, MORE VISION memutuskan bahawa lebih baik sekiranya mereka membawa haluan sendiri.
Komen peminat, “Banyak hal lah dia ni..”, “Kalau perangai macam ni, baik buka agensi sendiri”, “Dia yang bermasalah sebenarnya” dan lain-lain.
Harap yang baik-baik..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.