Ikuti Kami:

“LOL Gaduh Dengan Peminat..” – Asyik Balas Komen Jahat Di Media Sosial, Jessi Dikritik ‘Cepat Koyak’

“LOL Gaduh Dengan Peminat..” – Asyik Balas Komen Jahat Di Media Sosial, Jessi Dikritik ‘Cepat Koyak’

Mulut manusia memang kadang kala tak boleh ditutup. Ada sahaja komen yang mahu ditulis mereka, meskipun ianya mengguris perasaan selebriti.

Umum mengetahui bahawa Jessi merupakan seorang yang acap kali melontarkan pendapat sendiri tanpa mengira batas. Ini kerana wanita itu mempercayai bahawa bersikap telus di hadapan kamera, adalah sesuatu yang perlu dilakukan oleh selebriti agar tidak kelihatan berpura-pura.

Mungkin kerana itu, penyanyi solo berkenaan dilihat sering membalas komen buruk di serata media sosial. Antara salah satu video yang tular di platform TikTok ialah di mana ada invididu berkenaan mengkritik lagunya seperti ‘Nunu Nana’, ‘GUM’ dan ‘Zoom’ yang dikatakan kurang berkualiti jika dibandingkan dengan keluaran dahulu.

jessi

Apabila ada yang mengaitkan hal itu dengan pembedahan plastik yang pernah dilakukan penyanyi itu, jawab Jessi,

Lihat diri awak dalam cermin dahulu.

Walaupun dihimpit dengan kata-kata negatif oleh sesetengah pihak namun Jessi dilihat terus mempertahankan dirinya. Pun begitu, tindakan penyanyi berkenaan hanya ditertawakan sesetengah pihak di mana mereka meminta Jessi supaya bertenang dan tak perlu membalas kesemua komen buruk yang dijumpai di media sosial.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...