Meskipun tengah sibuk dalam khidmat tentera kini, Chan-yeol tetap memberikan sokongan kepada rakan ahli EXO D.O., buat dramanya akan datang.
Pada 13 Jun, Yoon Truck, sebuah syarikat trak kopi, telah berkongsi gambar hadiah Chan-yeol ke set drama D.O. yang akan datang “True Swordsmanship”. Chan-yeol menghantar churros dan kopi kepada D.O. bagi memberi sokongan buat penggambaran dramanya itu.
Chan-yeol turut meninggalkan mesej di atas trak kopi itu dengan menulis,
Saya menyokong pelakon dan kakitangan ‘True Swordsmanship’. Bersemangatlah, Kyung-soo (nama sebenarnya D.O.)!
Di sepanduk lain turut tertulis,
Kepada pelakon dan kru, yang bergelut dalam cuaca panas, sila nikmati makanan dan jaga Kyung-soo. Bergembiralah.
Dalam pada itu, “True Swordsmanship” menggambarkan kisah Jin-jung (D.O.), seorang pendakwa yang menghukum orang yang korup dan tamak dengan cara yang menyegarkan dan mendebarkan, yang akan membolehkan penonton melarikan diri seketika daripada realiti.
‘Supportive’ kan Chan-yeol!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.