Ikuti Kami:

Beri Inspirasi, 5 Selebriti Korea Ini Kongsi Idea Untuk Lelaki Mencantikkan Diri

Beri Inspirasi, 5 Selebriti Korea Ini Kongsi Idea Untuk Lelaki Mencantikkan Diri

Kecantikan diri bukan sahaja penting bagi wanita, malah lelaki juga perlu ambil serius tentang penjagaan diri.

Selebriti Korea banyak dijadikan inspirasi untuk memecahkan stereotaip ‘dandanan hanya untuk wanita’ dan menyebarkan kesedaran tentang lelaki juga perlu menjaga kulit muka.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 selebriti Korea, yang bagi petua untuk lelaki dapatkan kulit muka bersih dan cantik.

Song Joongki 

selebriti korea lelaki kongsi tips kecantikan

Pelakon dan penyanyi Korea Selatan ini ada menulis buku tentang penjagaan kulit yang dipanggil ‘Projek Kulit Cantik’. Song Joong-ki berkongsi cara dia menjalani rutin penjagaan kulit yang sempurna. Bintang utama drama “Descendants of the Sun” ini mempunyai cara tersendiri membersihkan muka dengan susu segar setiap malam.

Menurutnya, ia dijadikan sebagai pencuci muka semulajadi yang membuang segala kotoran dari dalam pori yang tersumbat sekaligus mengelakkan jerawat dan bintik hitam di muka.

V BTS

selebriti korea lelaki kongsi tips kecantikan

Penyanyi dan penari K-Pop dari kumpulan BTS ini terkenal dengan kulitnya yang jernih seakan permata kaca serta penampilannya yang sangat bergaya. Penyanyi ini nampaknya sangat mementingkan kesihatan kulit muka. Oleh sebab itu, V ada berkongsi bahawa dia akan sentiasa mengekalkan kulitnya lembap. Dia hanya melembapkan pad kapas dengan toner penyegar dan memakai losyen sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Park Seojoon

selebriti korea lelaki kongsi tips kecantikan

Pelakon utama filem “Dream” ini sentiasa kelihatan seperti berumur 20-an sedangkan pada tahun ini dia sudah mencecah 34 tahun. Pelakon segak bergaya ini ada berkongsi sebab di sebalik kulit licinnya. Dia akan memastikan untuk memakai topeng muka kecantikan pada setiap malam.

Selain itu, dia juga akan menyapu serum sebelum pakai topeng muka dan dengan cara ini ia akan menenangkan dan menyegarkan kulit. Tambahnya, lebih baik beli produk yang mengandungi bahan semula jadi seperti minyak pokok teh, lidah buaya, kayu manis, dan asid salisilik. Kesemua bahan ini boleh membantu dalam mencegah jerawat serta memberikan kesan penyejukan yang terbaik, terutamanya semasa musim panas.

Hyun Bin 

selebriti korea lelaki kongsi tips kecantikan

Hyun Bin merupakan pelakon Korea Selatan yang telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia kerana penampilan dan bakat lakonan mengagumkan. Dia melakukan beberapa rutin mudah namun berkesan untuk kulit yang sihat sempurna. Hyun Bin hanya akan memastikan untuk melembapkan kulit muka setiap hari. Dia menggunakan produk seperti topeng muka kecantikan dan produk minyak pati yang mempunyai unsur pelembap berkesan.

Katanya, pelembap muka membantu untuk melambatkan tanda-tanda penuaan, menenangkan dan memulihkan kulit sensitif serta mencegah kekeringan yang boleh menyebabkan kulit menggelupas.

Nam Joohyuk 

selebriti korea lelaki kongsi tips kecantikan

Nam Joo-hyuk merupakan seorang model sebelum menjadi pelakon. Salah satu cara penting untuk memastikan kulit muka sihat ialah dengan memakai produk pelindung matahari. Tambahnya, semua perlu tahu tentang kepentingan menggunakan pelindung matahari kerana ia boleh membuat kulit lebih cerah, bercahaya dan kelihatan cantik secara semula jadi.

Model Korea itu tegas tentang rutin pelindung matahari dan menggunakannya setiap hari malah, setiap jam. Memakai produk pelindung matahari SPF juga membantu dalam mencegah hiperpigmentasi, kemerahan dan dapat mengelakkan kedutan di muka.

Menarik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...