Ikuti Kami:

Mesti Cuba! Ini 5 Petua Penjagaan Rambut Cantik Dari Selebriti Popular Korea

Mesti Cuba! Ini 5 Petua Penjagaan Rambut Cantik Dari Selebriti Popular Korea

Bukan sahaja wanita, lelaki pun mesti impikan rambut yang menawan kan?

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 petua daripada selebriti Korea untuk dapatkan rambut yang cantik dan sihat.

Pakai pelembap muka di kulit kepala

petua rambut cantik selebriti korea

Mungkin ia kedengaran agak pelik tetapi inilah yang selalu dilakukan oleh model terkenal, Irene Kim. Kaedah ini sangat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai masalah rambut berminyak serta mempunyai masalah akar rambut yang tidak kuat.

Jika rasa memakai pelembap muka ini terlalu pelik untuk digunakan pada rambut, korang juga boleh menggunakan penyembur muka yang mempunyai fungsi hidrasi. Irene Kim pernah menyatakan bahawa penyembur muka berfungsi untuk orang yang mempunyai kulit kepala berjerawat, sensitif, serta rambut rosak.

Pakai hair mask

petua rambut cantik selebriti korea

Sama seperti kulit muka, rambut juga perlu dimanjakan. Jika korang tertanya-tanya bagaimana idola K-Pop mengekalkan rambut mereka, CL ada berkongsi satu petua berguna. Selebriti Korea ini mengekalkan rutin yang ketat di mana dia memakai hair mask sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mengekalkan kilauan pada rambut.

Pemakaian hair mask sangat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai rambut rosak akibat daripada mewarnakan rambut. Ia dapat membantu memulihkan kembali akar rambut yang rosak menjadi kembali sihat.

Campuran air dan minyak rambut

petua rambut cantik selebriti korea

Kalau korang nak tahu, Yoon Eun-hye membilas rambutnya dengan campuran air dan minyak rambut dengan kerap untuk mengekalkan kecantikan rambut semula jadi. Selain itu, petua ini membuat rambutnya sentiasa kelihatan bersinar.

Pelakon “After Love” itu mengesyorkan gabungan air dan dua hingga tiga titik minyak rambut. Tambahnya lagi, kaedah ini boleh memerangi masalah kulit kepala berminyak dan masalah hujung rambut bercabang.

Keringkan rambut guna udara sejuk

petua rambut cantik selebriti korea

Ratu K-Drama dan juga merupakan duta untuk jenama pengering rambut tersohor Dyson, iaitu Song Hye-kyo menggunakan udara sejuk apabila ingin mengeringkan rambut. Haba tinggi daripada pengering rambut merupakan salah satu punca kerapuhan. Udara sejuk bukan sahaja mengeringkan rambut dengan cepat, tetapi juga boleh kekalkan kelembapan dan sinar pada rambut.

Shampu & perapi rambut 

petua rambut cantik selebriti korea

Benda yang paling mudah untuk memastikan rambut sentiasa kekal sihat dan cantik ialah pemilihan shampu serta perapi yang betul. Menurut sumber, ahli kumpulan K-Pop popular, NCT 127 menyatakan dalam video Wired bahawa rahsia rambut sihat mereka adalah hanya dengan menggunakan shampu dan perapi rambut.

Kedua-dua bahan ini dapat menghidrat dan meluruskan rambut serta ia boleh mengurangkan masalah hujung rambut bercabang.

Selamat mencuba!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...