Ikuti Kami:

Beri Impak Besar, 5 Barangan & Makanan Ini Laris Terjual Hasil Penangan Lisa BLACKPINK

Beri Impak Besar, 5 Barangan & Makanan Ini Laris Terjual Hasil Penangan Lisa BLACKPINK

Apa sahaja yang dilakukan oleh Lisa BLACKPINK pasti tular dan akan mendapat perhatian!

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 perkara yang dilakukan oleh Lisa BLACKPINK menjadi ‘viral’ dan diikuti ramai.

Bebola daging Buriram

penangan lisa blackpink viral

Dalam satu temu bual “Woody Show” bersama Lisa, dia ada menyatakan bahawa makanan kesukaannya adalah bebola daging. Secara spesifik dia berkata, bebola daging daripada sebuah gerai di Stesen Kereta Api Buriram menjadi antara yang paling sedap baginya.

Disebabkan itu, Bangkok Post mendedahkan bahawa sebutannya tentang makanan ini meningkatkan jualan bebola daging di sekitar Kereta Api Buriram. Sesetengah vendor melaporkan pendapatan mereka naik secara mendadak, daripada beberapa ratus bhat sehari kepada lebih 10,000 THB (RM1,326).

Perhiasan kepala tradisional Thailand 

penangan lisa blackpink viral

Semasa debut solo untuk lagu ‘Lalisa’, Lisa ada mengetengahkan budaya negara kelahirannya iaitu Thailand. Di dalam muzik video itu, Lisa dilihat memakai perhiasan kepala yang sangat unik dan cantik.

Selepas muzik video itu ditayangkan, sumber sahih ada memberi kenyataan bahawa jualan perhiasan itu tiba-tiba meningkat dan menjadi rebutan ramai. Menurut salah seorang penjual barangan tradisional Thailand, ramai orang telah memesan perhiasan itu melalui atas talian. Sementara itu di kedai, mereka sentiasa dikunjungi pelanggan setiap hari yang mencari perhiasan kepala terbabit.

Kain Sarung Thai

penangan lisa blackpink viral

Tidak dinafikan kain sarung Thailand sangat cantik untuk dijadikan pakaian harian. Namun, ia menjadi satu trend baru selepas Lisa menyiarkan gambar memakainya dan semua orang mahu meniru gaya terbabit. Untuk pengetahuan, gambar itu diambil di Ayutthaya, salah satu tapak bersejarah yang popular di Thailand.

Tambahan lagi, pemilik kedai kain sarung yang dibeli Lisa, Suwimol Chaiwing berkata, dia mendapat jumlah pelanggan yang ramai setelah foto itu disiarkan.

Susu Nong Pho

Susu Nong Pho merupakan susu segar yang boleh menggamit kenangan rakyat Thailand semasa zaman kanak-kanak mereka. Sekali lagi Lisa menjadi trendsetter apabila dia memuat naik video di TikTok sambil memegang susu itu bersama rakan-rakannya ketika bercuti.

Pengurus syarikat Nong Pho Milk juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa tempahan untuk produk tenusu Nong Pho telah meningkat tiga kali ganda.

Khai Jiao

penangan lisa blackpink viral

Khai Jiao atau telur dadar bersama udang cincang ini merupakan makanan ringkas berasal daripada Thailand. Pada 16 November yang lalu, Lisa ada berkongsi resepi itu semasa temu bual bersama Spotify. Berikutan itu, akhbar berita Thai melaporkan bahawa berlaku peningkatan penjualan terhadap hidangan telur dadar ini. Rata-rata peniaga berterima kasih kepada Lisa kerana telah membantu dalam mempromosikan jualan mereka.

Hebat betul penangan Lisa ini..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...