IU sekali lagi telah membuktikan kasih sayangnya buat peminat.
Terbaru pada 30 Mei, IU tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon selepas selesai menghadiri acara ’75th Cannes Film Festival’ bagi filemnya akan datang “Broker”.
Tidak lupa untuk mengucapkan rasa terima kasih, IU dilihat memberi makanan ringan dan gula-gula yang dibelinya di luar negara, buat semua peminat yang menyambut kepulangannya di lapangan terbang.
https://twitter.com/tweetyU_/status/1531155616068038656?s=20&t=dCv16DiQg86mzRPeTKbekQ
Untuk pengetahuan, IU sudah terkenal dengan memberikan hadiah makanan ringan kepada peminatnya setiap kali dia pulang dari luar negara. Oleh itu, dia telah diberi gelaran ‘kka-kka fairy’ (bermaksud ‘snack fairy’), dan peminat sering memuat naik gambar dan mesej di media sosial mengucapkan terima kasih kepada artis itu.
Antara komen yang ditulis oleh netizen:
‘Sweet’ sangat IU.
Dia telah melakukan ini selama bertahun-tahun. Tidak menghairankan. IU sentiasa yang paling ‘sweet’!
Dia seorang yang baik.
Baik kan IU?