Ikuti Kami:

“Berhenti..” – Dituduh Ingin Cari Publisiti Lepas Dah Tak Popular, Kim Saeron Akui Dah Tak Tahan Dikecam

“Berhenti..” – Dituduh Ingin Cari Publisiti Lepas Dah Tak Popular, Kim Saeron Akui Dah Tak Tahan Dikecam

Selepas isu pandu mabuk, nama Kim Sae-ron kembali menjadi sebutan kerana memuat naik foto intimnya bersama Kim Soo-hyun.

Pada bulan lalu, Kim Sae-ron mengejutkan ramai apabila dia berkongsi foto mesra dengan Kim Soo-hyun, di mana wajah mereka dilihat rapat pada satu sama lain. Mengenai ini, agensi Kim Soo-hyun menjelaskan bahawa dia dan wanita itu tidak pernah mempunyai hubungan bersama serta tidak pasti sebab Kim Sae-ron memuat naik gambar itu.

Selain itu, Kim Sae-ron juga menyatakan bahawa dia membuat keputusan untuk tidak memberi apa-apa kenyataan mengenai hantaran tersebut.

Dengan ini, ramai yang mendakwa bahawa Kim Sae-ron berbuat demikian kerana ingin mencari publisiti dan terus mengkritiknya.

kim saeron

Terbaru pada 20 April, wanita berusia 24 tahun itu sekali lagi memuat naik satu hantaran di Instagram Story namun terus memadamnya hanya selepas beberapa saat. Khususnya ia adalah satu video yang tertulis,

Saya mengalami masa yang sukar jadi bolehkah awak berhenti berbuat demikian? Itulah yang saya benar-benar ingin katakan hari ini.

Nampaknya, Kim Sae-ron sendiri dah tak tahan menerima kecaman dari netizen dan berkongsi kenyataan itu seolah-olah untuk meluahkan perasaannya.

Kesian juga kat dia kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Herald POP

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...