Baru sahaja ditebak sedang menjalinkan hubungan cinta, nampaknya tidak salah lagi tekaan ramai.
Terbaru, Dispatch melaporkan bahawa Lee Jong-suk dan IU merupakan pasangan kekasih untuk seketika waktu. Malah, katanya mereka berkenalan di Inkigayo pada 10 tahun lalu dan hubungan persahabatan itu mula bercambah menjadi romantik.
Bukan itu sahaja, kedua mereka ‘ditangkap’ menghabiskan masa bersama di Nagoya, Jepun selama 3 hari 2 malam ketika sambutan Krismas baru-baru ini.
Kongsi agensi pelakon lelaki itu,
Hubungan Lee Jong-suk dan IU baru sahaja bercambah dari rakan sekerja kepada pasangan bercinta dan mereka sedang menjalani hubungan yang serius. Sila berikan sokongan supaya mereka dapat meneruskan hubungan indah itu.
Hmmm… hangat ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.