Ikuti Kami:

“Berbunga Betul” – Nampak Serasi, Babak Kahwin Song Jihyo & Kim Jongkook Buat Semua Teruja

“Berbunga Betul” – Nampak Serasi, Babak Kahwin Song Jihyo & Kim Jongkook Buat Semua Teruja

Rasanya sudah lama peminat ‘Spartace’ mengharapkan agar Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo supaya benar-benar bersama kan?

Meskipun hanya lakonan, namun kemesraan yang ditonjolkan oleh kedua mereka dalam episod istimewa “Outrun By Running Man” baru-baru ini nyata membuatkan hati ramai peminat berbunga-bunga.

Dalam episod berkenaan, Haha bertanggungjawab menjadi pengarah muzik video di mana Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, Yang Se-chan dan Ji Suk-jin menjadi pelakon untuk klip itu.

kim jongkook song jihyo

Oleh kerana Haha dikenali sebagai seorang yang sukakan ‘babak romantik, Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo tidak terlepas daripada melakukan pelbagai aksi mesra yang pastinya membuatkan semua tersenyum apabila melihatnya. Malah kedua mereka nampak selesa dan tidak janggal melakonkan adegan seperti berpeluk dan berlaga pipi. Seperti pasangan sebenar!

Bukan itu sahaja, babak di mana kedua mereka memakai pakaian serba putih seperti pengantin sebenar turut menampakkan seperti ia diambil daripada filem romantik.

kim jongkook song jihyo

Ji Suk-jin dan Haha juga tidak dapat menyembunyikan keseronokan mereka dan memberikan komen,

Adakah ianya akan menjadi perkahwinan tahunan sekiranya kedua mereka bersama?

Malah Kim Jong-kook juga kelihatan sedikit malu apabila merakamkan babak di mana wajah Song Ji-hyo rapat dengannya. Dan wanita itu tidak terlepas daripada mengusik lelaki berbadan sasa tersebut sekaligus menciptakan suasana yang romantik.

kim jongkook song jihyo

Kesemua penonton yang menonton episod ini nyata tidak mampu menyangkal keserasian yang ditonjolkan oleh kedua ahli “Running Man” berkenaan. Seperti pasangan sebenar kan?

Korang dah habis layan ke episod ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...