Ikuti Kami:

“Kahwin Cepat!” – Selesa Berpeluk, Ramai Tersenyum Lihat Gaya Perbualan Comel Song Jihyo & Kim Jongkook

“Kahwin Cepat!” – Selesa Berpeluk, Ramai Tersenyum Lihat Gaya Perbualan Comel Song Jihyo & Kim Jongkook

Umum mengetahui bahawa Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook sering ‘diusik’ di dalam “Running Man” malah mereka tidak segan untuk melayan ragam ahli lain.

Terbaru, dalam episod akhir “Outrun By Running Man”, penonton terpersona melihat interaksi comel di antara kedua mereka.

Selalunya dalam rancangan biasa seperti “Running Man”, setiap ahli akan menggunakan gaya percakapan ‘penyiaran’ apabila bercakap dengan orang lain supaya ianya dapat ditangkap oleh mikrofon semuanya.

Seperti Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook, mereka turut biasa mengusik antara satu sama lain namun masih mengekalkan gaya percakapan yang normal.

kim jongkook song jihyo

Namun dalam episod terbaru “Outrun By Running Man” ini, dapat dilihat Song Ji-hyo bersembang dengan gaya normal bersama Kim Jong-kook seperti percakapan seharian. Malah tidak segan untuk bersembang tentang topik biasa dengan suara yang comel sambil memeluk erat lelaki itu.

Gaya mereka bersembang nyata membuatkan hati penonton penasaran ketika kamera berhenti merakam,

Walaupun kita tengah menjalani penggambaran, tiba-tiba saya rasa lapar oppa.

Kim Jong-kook membalas dengan ketawa sambil Song Ji-hyo menyambung,

Melihatkan lauk sampingan di sana membuatkan saya mahukan nasi!

kim jongkook song jihyo

Jawab Kim Jong-kook,

Apalah yang kita nak buat dengan awak ni (gelak).

Tambah Song Ji-hyo,

Tapi awak nak tahu tak sesuatu yang penting? Saya dah dua kali makan!

Respon Kim Jong-kook,

Wah, daebak.

Pelakon wanita itu terus bercerita,

Saya bangun awal dan makan nasi, kemudian saya jamah kimbap juga.

kim jongkook song jihyo

Balas lelaki sasa tersebut di dalam pelukannya,

Kenapa awak buat macam tu~

Song Ji-hyo berkongsi,

Saya merasakan nafsu makan saya menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Respon Kim Jong-kook,

Tak bagus macam tu.

Penonton yang menonton klip itu nyata terkejut mendengar gaya percakapan normal Song Ji-hyo bersama Kim Jong-kook. Komen mereka,

Nada suaranya sangat comel dan manis.

 

Jadi, awak nak cakap yang mereka tak bercinta? Awak bergurau kan?

 

Itu gaya percakapan saya dan suami hehehehehe.

 

Apa? Okay, mereka perlu berkahwin sekarang.

 

Semua, sila tonton episod penuh ini. Saya tersenyum seperti si bodoh sepanjang masa.

 

Tolong kahwin tahun ini juga! Tapi muka Suk-jin kelakar betul.

 

Saya tak pernah sokong mereka dalam ‘Running Man’. Jadi sejak bila saya menjadi Yoo Jae-suk hehehehehe.

 

Sekarang saya faham mengapa Yoo Jae-suk menyokong mereka berdua.

 

Kahwin! Sekarang!

 

Song Ji-hyo dipenuhi aegyo dan Kim Jong-kook juga sangat manis.

 

Mereka nampak serasi sangat di sini. Mereka patut bercinta!

Geramnya tengok mereka, sesuai sangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...