Ikuti Kami:

“Berbulan Saya Tak Baca…”- Nayeon TWICE Akui Jarang Baca Mesej Dari Sesiapa

“Berbulan Saya Tak Baca…”- Nayeon TWICE Akui Jarang Baca Mesej Dari Sesiapa

Rupanya Na-yeon pun macam kita juga!

Baru-baru ini, salah seorang ahli dari kumpulan TWICE iaitu Na-yeon telah menjawab beberapa soalan menerusi saluran YouTube Cosmopolitan Korea.

Dalam video tersebut, penyanyi itu diminta untuk memilih antara rakan rapat yang membalas mesej selepas 1 jam atau rakan rapat yang sedih jika tidak dibalas mesej dalam masa 30 minit.

Nayeon TWICE

Menarik perhatian, Na-yeon dengan pantas memilih kawan rapat yang membalas selepas 1 jam. Jelasnya,

Kerana saya tidak membaca mesej selama berhari-hari malah, berbulan-bulan.

Tambahnya lagi dengan jujur,

Saya bukan jenis orang yang marah atau sedih jika seseorang tidak membalas atau membalas lewat. Setiap orang mempunyai keadaan peribadi, jadi tidak mengapa jika rakan atau sesiapa sahaja tidak membalas. Tetapi saya rasa sukar jika seseorang marah kerana saya tidak dapat membalas dalam masa 30 minit.

https://www.youtube.com/watch?v=uiQZ6bjjEdI

Biasalah tu Na-yeon.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...