Lee Je-hoon telah kembali dengan drama barunya “Chief Detective 1958”.
Drama “Chief Detective 1958” merupakan prekuel kepada siri “Chief Inspector”. Berbeza dari siri yang asal, drama yang diterajui oleh Lee Je-hoon ini lebih ceria dan menyenangkan.
Gabungan tema retro pada tahun 1958 dan persembahan hebat lakonan Lee Je-hoon telah membawa keunikan serta kelainan kepada watak utama iaitu Park Young-han. Malah, lakonan pelakon itu juga telah menghidupkan lagi “Chief Detective 1958”.
Selain itu, Lee Je-hoon yang terkenal dengan drama seperti “Taxi Driver” dan “Architecture 101” telah dipilih untuk membintangi drama prekuel ini disebabkan oleh kebolehannya untuk melakonkan pelbagai jenis watak.
Malah, Lee Je-hoon juga telah menjadi satu-satunya pelakon yang boleh membawa watak aksi, melodrama dan komedi dalam pada masa yang sama.
Kini, rata-rata penonton telah meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap drama ini. Mereka juga sudah tidak sabar lagi untuk menonton persembahan hebat yang akan ditunjukkan oleh Lee Je-hoon dan para pelakon lain dalam episod “Chief Detective 1958” yang akan datang.
Korang dah mula tonton drama ni ke belum?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.