Selepas “Taxi Driver 2”, Lee Je-hoon akan kembali dengan drama baru!
Terbaru, prekuel kepada siri “Chief Inspector” iaitu “Chief Detective 1958” telah mengeluarkan video trailer baru, yang diterajui Lee Je-hoon, Lee Dong-hwi dan ramai lagi.
Untuk pengetahuan, “Chief Detective 1958” mengisahkan tentang Detektif muda Park Young-han, yang dipindahkan ke pejabat Seoul pada tahun 1958 dan bekerjasama dengan tiga rakan sekerja untuk mencapai keadilan.
Dalam drama ini, Lee Je-hoon akan memainkan watak sebagai Detektif Park Young-han, seorang yang akan berjuang untuk menangani maruah manusia yang dicabul.
Apabila dia bosan dengan realiti yang dicemari rasuah, dia bertemu dengan seorang lagi detektif iaitu Kim Sang-sun, dan merupakan titik perubahan dalam hidupnya.
Sementara itu, drama ini dijangka untuk ditayangkan pada 2024.
Nantikan maklumat lanjut!