Ikuti Kami:

“Berbeza Dari Sebelum Ini” – ‘The Zone: Survival Mission’ Sah Akan Kembali Dengan Musim Kedua

“Berbeza Dari Sebelum Ini” – ‘The Zone: Survival Mission’ Sah Akan Kembali Dengan Musim Kedua

Siapa yang layan rancangan hiburan “The Zone: Survival Mission”?

Untuk pengetahuan, “The Zone: Survival Mission” ialah sebuah program di mana hos iaitu Yoo Jae-suk, Lee Kwang-soo dan Kwon Yu-ri perlu menjalani simulasi pelbagai bencana, bagi menyediakan diri untuk masa hadapan.

Terbaru, acara “Disney Content Showcase 2022” telah diadakan di dewan acara utama Marina Bay Sands Singapore, mempamerkan kandungan yang dijadualkan untuk tayang pada tahun 2023 nanti.

Menarik perhatian, program “The Zone: Survival Mission” turut disahkan akan kembali dengan musim kedua. Menerusi video, Yoo Jae-suk meluahkan rasa syukurnya sambil berkata,

Saya sangat berterima kasih kepada orang yang menyokong saya sekali lagi. Musim kedua ini akan berbeza dari bahagian sebelum ini dan akan datang dengan keseronokan yang berbeza.

the zone: survival mission

Sementara itu, musim pertama “The Zone: Survival Mission” telah tamat dengan 8 episod pada Oktober lalu.

Sama-sama kita nantikan tayangan musim kedua program ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...