Bukan sahaja hebat dalam lakonan malahan, pelakon Han So-hee, Go Youn-jung dan Roh Yoon-seo juga berbakat dalam bidang seni.
Untuk pengetahuan, ketiga-tiga pelakon yang sedang meningkat naik itu, merupakan pelajar jurusan seni ketika sedang belajar dahulu.
Khususnya, Han So-hee mengambil jurusan seni di Ulsan High School of Arts. Manakala Go Youn-jung di Seoul Art High School dan Seoul Women’s University.
Kemudian, Roh Yoon-seo mula meluaskan minatnya dalam bidang seni di Sunhwa Arts School dan mengambil jurusan seni lukis barat di Kolej Seni dan Reka Bentuk, Ewha Womans University.
Walaupun dalam jadual sibuk kini, mereka masih aktif berkongsi pada peminat hasil lukisan mereka di laman Instagram, memaparkan kreativiti yang amat dikagumi.
Tambahan, Roh Yoon-seo juga mempunyai akaun Instagram khas, di mana pelakon itu menyiarkan hasil lukisannya di situ.
Cantiknya!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉