Ikuti Kami:

“Berbahagia Di Sana” – Ramai Sedih Baca Surat Moon Sua BILLIE Buat Abang, Moonbin ASTRO

“Berbahagia Di Sana” – Ramai Sedih Baca Surat Moon Sua BILLIE Buat Abang, Moonbin ASTRO

Siapa sahaja yang tak sedih apabila kehilangan ahli keluarga tersayang.

Baru-baru ini, industri hiburan Korea dikejutkan dengan pemergian Moonbin ASTRO yang ditemui tidak bernyawa di kediamannya pada 18 April lalu. Disebabkan punca kematian tidak didedahkan kepada umum, rata-rata peminat melahirkan rasa terkejut dengan berita tidak dijangka itu selain berasa risau dengan rakan baik mendiang selain adiknya iaitu Moon Su-a BILLLIE.

Terbaru, surat gadis itu buat abangnya yang ditinggalkan di temoat peringatan telah dikongsikan di satu laman komuniti. Tulisnya penuh perasaan,

Ini saya, Su-a, satu-satunya adik abang yang paling berharga. Saya datang ni. Saya akan berhenti menangis kerasa saya asyik menangis. Saya akan tersenyum dengan lebih banyak kini dan saya akan gembira melakukan apa yang saya mahu lakukan. Jadi, saya berharap agar abang bahagia dan selesa di sana juga. Abang kena perhatikan sama ada saya baik-baik sahaja di sini.

moonbin moon sua

Tambahnya lagi,

Saya akan hidup sebaiknya sekali untuk abang. Jangan hentikan saya. Tapi jika sukar, saya akan selalu datang bermain dengan abang jadi abang kena terima sahaja. Abang sudah bekerja keras. Saya sayangkan abang sangat dan saya adik abang selamanya. Adik-beradik Moon selamanya!

Dalam pada itu, ahli ASTRO lain turut dilihat meninggalkan mesej buat rakan seperjuangan mereka itu,

Ini Jinjin! Apabila datang ke sini, saya lihat ramai yang ada. Kita dah janji kan? Untuk hidup sambil tersenyum. Saya cuba hidup dengan senyuman seperti yang awak pinta. Jangan risau kerana saya akan jaga ibu, ayah dan Sua. Saya sayang awak sangat, adik ku.

moonbin mj jinjin

Tulis MJ pula,

Adik ku Bin, saya datang terlalu lewat. Saya minta maaf. Betapa sunyi, sukar dan sakitnya buat awak. Maaf kerana saya tak dapat lindungi awak.

Rakan baik mendiang iaitu Seungkwan SEVENTEEN turut meninggalkan pesanannya,

Moonbin, tunggu sekejap. Saya akn pastikan dunia terasa seperti awak punya. Saya sangat sayangkan awak. Peluk saya erat bila kita berjumpa lagi.

Selamat berehat Moonbin..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...