Ikuti Kami:

Berat Turun Mendadak Ke 37kg, Peminat Risau ‘Dedikasi’ Park Minyoung Bagi ‘Marry My Husband’

Berat Turun Mendadak Ke 37kg, Peminat Risau ‘Dedikasi’ Park Minyoung Bagi ‘Marry My Husband’

Baru-baru ini, Park Min-young mengejutkan peminat dengan transformasinya untuk drama Korea terbaru, “Marry My Husband”.

Dalam webtoon asalnya, watak utama iaitu Kang Ji-won (watak lakonan Park Min-young) menjalani perkahwinan yang tidak bahagia, dan keadaannya bertambah teruk apabila dia disahkan menghidap kanser. Dengan kejutan peristiwa yang tak disangka, dia kembali sepuluh tahun ke belakang dengan azam untuk mengubah kehidupannya.

Apabila gambar teaser wataknya itu dimuat naik, netizen meluahkan rasa terpegun dengan transformasi yang tidak diduga dan dramatik Park Min-young. Terutamanya, apabila mereka mendapat tahu bahawa pelakon itu mengurangkan berat badannya kepada 37kg untuk menjayakan peranan tersebut.

park minyoung

Walaupun mengagumi keazaman dan kesungguhannya dalam mempersiapkan diri untuk peranan yang sensitif dan emosional namun terdapat juga segelintir penonton yang meluahkan rasa risau dek perubahn drastik itu.

Walaupun berat badan selalu menjadi topik yang sensitif dalam hiburan Korea, kesungguhan Park Min Young untuk memaparkan realiti penderitaan kanser sudah tentu mendapat pelbagai respon yang positif dan juga negatif.

Lain kan nampak Park Min-young.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...