Ikuti Kami:

Terajui ‘Marry My Husband’, Ramai Kecewa Park Minyoung Kembali Lagi Dengan Drama Romantik

Terajui ‘Marry My Husband’, Ramai Kecewa Park Minyoung Kembali Lagi Dengan Drama Romantik

Selepas “Love In Contract”, Park Min-young kembali dengan sebuah naskhah romantik baru yang bakal bersiaran pada 2024.

Terbaru, pelakon wanita tersebut akan menerajui drama “Marry My Husband” di mana ia akan ditayangkan pada 1 Januari. Berdasarkan novel web dengan judul yang sama, ia membawa kisah seorang wanita yang dibunuh kembali 10 tahun kemudian dan menjalani kehidupan kedua dengan menyaksikan kecurangan suami dan rakan baiknya.

Antara pelakon lain yang bakal menyertai drama ini ialah Na In-woo, Lee Yi-kyung, Song Ha-yoon, Lee Gi-kwang, Gong Min-jung dan lain-lain.

marry my husband

Untuk pengetahuan, Park Min-young membawa watak Kang Ji-won yang menggembara masa ke 10 tahun akan datang bagi memulakan kehidupan baru selepas dibunuh suami dan rakan baiknya.

Usai berita ini diumumkan, rata-rata peminat K-Drama mengeluh dan meluahkan rasa kecewa apabila Park Min-young dilihat terus kekal dalam kepompong yang sama di mana dia kekal dalam genre romantik sahaja meskipun terdapat pelbagai lagi genre lain yang boleh dicubanya.

Komen mereka,

Lajunya Park Min-young buat comeback.

 

Senangnya jadi Park Min-young.

 

Semua okay kecuali Park Min-young.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...